EASTPORT MARINE SDN BHD, (dari sini dirujuk sebagai EPM) komited untuk mematuhi secara ketat Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (dari sini dirujuk sebagai ABMS) dalam semua aktiviti dan operasi perniagaan kami yang dipandu oleh prinsip-prinsip berikut.
EASTPORT MARINE SDN BHD, (dari sini dirujuk sebagai EPM) komited untuk mematuhi secara ketat Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (dari sini dirujuk sebagai ABMS) dalam semua aktiviti dan operasi perniagaan kami yang dipandu oleh prinsip-prinsip berikut.
1. LARANGAN RASUAH
Pekerja dan rakan perniagaan EPM dilarang untuk terlibat dalam sebarang bentuk rasuah, sama ada untuk meminta atau menawarkan rasuah dalam apa jua bentuk dalam aktiviti perniagaan harian mereka. Sebarang bukti rasuah akan mengakibatkan pemecatan, tindakan undang-undang dan pemutusan hubungan perniagaan.
2. PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Pekerja dan rakan perniagaan EPM hendaklah mematuhi sepenuhnya undang-undang anti-rasuah dan anti-korupsi di negara di mana ia beroperasi serta keperluan ABMS yang ditetapkan.
3. PELAPORAN RASUAH
Pekerja dan rakan perniagaan EPM yang bertindak dengan itikad baik untuk melaporkan sebarang kes rasuah yang sebenar atau yang disyaki akan dilindungi daripada sebarang akibat buruk atau tindakan balas (repercussion) walaupun ia mungkin memberi kesan negatif kepada perniagaan EPM.
4. FUNGSI PATUHAN ANTI-RASUAH & TADBIR URUS
Pasukan Patuhan Anti-Rasuah yang terdiri daripada Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi mempunyai keupayaan, status, kuasa dan kebebasan untuk mengawasi ABMS bagi memastikan pelaksanaannya yang berkesan, penyelenggaraan dan penambahbaikan berterusan.
5. HADIAH, HOSPITALITI, DERMA & MANFAAT SEUMPAMANYA
Pekerja dan rakan perniagaan EPM tidak boleh menggunakan hadiah atau manfaat dalam bentuk untuk mempengaruhi keputusan dan hasil perniagaan. Semua pihak dikehendaki mematuhi sepenuhnya dasar dan prosedur berkaitan hadiah dan manfaat.
6. KOMUNIKASI, LATIHAN & KESADARAN
Polisi Anti-Rasuah ini disampaikan kepada semua pekerja dan rakan perniagaan EPM. Selain itu, latihan kesedaran mengenai ABMS dan Dasar EPM diberikan kepada semua pekerja dan rakan perniagaan yang relevan untuk meningkatkan pematuhan dan budaya anti-rasuah.
Tarikh: 16.06.2025
No. Pindaan: 01